Resepi: Cheesy Bread
Hari ni..saya teringin nak makan bread dan cheese
Kali ni saya mengubah resepi sikit.
Bahan-bahan seperti:-
4 keping roti
4 keping kepingan keju (saya guna cheesdale)
2 sudu mayonis
2 sudu butter
Cara-Cara
\
1) Sapukan mayonis di permukaan roti, Kemudian, panaskan butter dengan menggunakan non-stick pan.
2) Letakkan roti yang disapu di bahagian mayonis ke atas permukaan butter yang telah di panaskan.
3) Kemudian letakkan dua keping cheese.Dan letakkan kepingan roti di atasnya.
4) Panaskan sebentar sehingga warna keemasan. Dan terbalikkan permukaan yang kedua. Biarkan kedua-dua permukaan roti seimbang warna keemasan.
5) Cheese akan kelihatan cair di sebalik permukaan roti. Apabila warna sudah kekuningan, angkat dan hidangkan.